HAMBA ABADI ;)

Thursday, June 17, 2010

rambut oh rambut


ok, just nak share this fact will u all, menarik sgt menarik, have some time to read oki? ehe , oh yea, i got this fact from liyana blog, thnks my lil fren ;DD

MENJAGA ATAU MENGGAYA RAMBUT

Antara menjaga dan menggaya rambut, ada bezanya. Islam menitik berat soal menjaga rambut, tetapi tidak mengesyorkan umatnya menggayakan rambut mereka. Perhatikan hadis2 berikut.

1) Rambut Ala Bonggol Unta

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Aku tidak akan menjadi saksi kepada dua jenis manusia yang ditentukan masuk neraka: Orang dengan cemeti seperti seekor lembu yang menyebat orang, (yakni pemerintah-pemerintah zalim yang menjadi musuh rakyatnya sendiri), dan kaum wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, menggoda dan digoda, menggaya rambut mereka seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan masuk syurga, juga tidak akan mencium bau syurga, walaupun baunya pergi hingga sangat jauh." (Riwayat Muslim)
Maka itu kaum wanita, elakkan sanggul-sanggul rambut yang tinggi menggunung itu!

2) Lelaki Boleh, Wanita Tidak Boleh

Abu Hurairah r.a. turut meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mempunyai rambut, hendaklah menghormatinya." (Riwayat Abu Daud)
Sesetengah Sahabat menghormati rambut mereka dengan menyapu minyak. Mereka juga mewarnakan rambut dengan inai, katm (tumbuhan dari Yaman) atau Za'faran. Amalan ini untuk lelaki sahaja. Bagi kaum wanita, amalan ini tidak digalakkan dalam Islam. Misalnya, seorang isteri perlulah meminta izin suami jika hendak mewarnakan rambut. Pendek kata, wanita tidak boleh mewarnakan rambut sesuka hati.

3) Dandanan Rambut Ikut Jantina

Satu lagi cara menghormati rambut ialah ia didandan mengikut jantina. Tidak boleh perempuan memotong rambut terlalu pendek menyerupai lelaki. Haram juga wanita membotakkan kepalanya, tetapi dibolehkan bagi lelaki selagi ia mencukur rambut sepenuhnya. Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (memberi ingatan kepada kaum lelaki), "Cukur semuanya atau biarkan semuanya." (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Muslim, an-Nasa'i).
Ertinya, orang lelaki tidak boleh mencukur rambut sewenang-wenangnya kerana mahu mengikut trend terkini. Misalnya cukur untuk membuat corak2 tertentu di atas kepala, atau bertompok-tompok di sana sini. Tidak kurang juga yang mencukur rambut hampir kesemuanya, tetapi dibiarkan sehelai dua di belakang, kelihatan seperti seekor babi. Apatah lagi mengikut gaya rambut punk atau artis pujaan! Ini semua dakyah kafir yang mahu merosakkan iman dan akhlak orang Islam.

4) Haram Pakai Rambut Palsu

Jika suami menyuruh isteri memakai rambut palsu, maka isteri wajar mengingkarinya biar apa pun alasan suami. Ini kerana Islam melarang pemakaian rambut palsu.
Asma' binti Abu Bakar r.a. meriwayatkan bahawa seorang wanita datang kepada Nabi SAW dan berkata, "Aku telah mengahwinkan anakku yang rambutnya telah gugur. Suaminya mahukan dia berambut panjang. Wahai Rasulullah! Bolehkah aku menambahkan rambut palsu ke kepalanya?" Nabi SAW melarang tegas.
Aisyah, Asma', Ibnu Mas'ud dan Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengutuk al-wasiah dan al-mutawasilah (pembuat dan pemakai rambut palsu). Ia dikategorikan sebagai menipu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5) Tanya Suami Dulu

Baik lelaki mahupun wanita, dibenarkan menggunting rambut mengikut garis panduan yang diberikan oleh Nabi SAW di atas. Satu perkara yang perlu diingat oleh para isteri, minta izin suami dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan pada rambut masing-masing. Dikhuatiri nanti suami tidak suka dengan rambut baru tersebut dan tidak lagi memandang menarik terhadap isterinya.

6) Jangan Cabut Uban

Uban ialah chaya bagi orang Islam. Nabi SAW menegah kita mencabutnya sebagaimana yang diriwayatkan 'Amir bun Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya bahawa baginda bersabda, "Janganlah cabut uban kerana ia cahaya orang Islam. Tidaklah seorang Muslim yang ditumbuhi uban dalam Islam, melainkan Allah menulis baginya, satu pahala dan mengangkat satu darjatnya. Dan Dia menghapuskan satu dosanya." (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Tirmizi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah).

p/s : betul ke psl uban tuh en? curiousity is killing me doh, my mom always suruh cabut uban,
but i always refused to do so. hahaha, mybe that is the sign ? =.=

Wallahua'alam..
Sumber: Majalah Anis Januari 2008 x)


3 comments:

The Lulu said...

pasal uban tue betul la..
uban mmg tk leh cbut..
tp tak ade hukum kate dose

iela SFN said...

ohho. ye ke ana ? kalau da x boleyh bkn haram ke ?

ngeee, mak aku ckp gatal !

tu la yg slalu nk dicabut :)

Anonymous said...

suka kalau kamu pakai tudung. cantik. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails